SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE -60 DAN SALAM AIDILADHA KEPADA PENGUNJUNG SEMUA

KSSR & PBS

Kurikulum Standard Sekolah Rendah
(KSSR)

Jika anda ingin tahu apakah yang dimaksudkan dengan KSSR, lihatlah video di bawah ini.


APA  ITU PBS?
PBS merupakan satu bentuk pentaksiran yang dilaksanakan di sekolah secara
terancang mengikut prosedur yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan. 

PBS dikendalikan oleh pihak sekolah dan pentaksirannya dilaksanakan oleh guru-
guru mata pelajaran secara berterusan dalam proses pengajaran dan  pembelajaran. 


Adakah konsep PBS ini sesuatu yang baru? 


Konsep PBS bukanlah sesuatu yang baru, kerana pentaksiran inilah  yang selama ini dilaksanakan oleh guru di sekolah (kerja rumah, projek, kuiz, soal-jawab dan lain-lain).


PBS yang dicadangkan ini merupakan penambahbaikan kepada PBS yang telah sedia dilaksana dengan memperkenalkan pentaksiran merujuk standard dan aplikasi Sistem Pengurusan PBS (SPPBS) untuk membantu guru merekod pencapaian murid secara berterusan

Kenapa PBS perlu dilaksana sekarang?
Pelaksanaan PBS adalah seiring dengan program  transformasi negara untuk menghasilkan modal insan yang bertaraf dunia

Bila PBS mula dilaksanakan

PBS dilaksanakan mulai Tahun 1 pada 2011 dan penambahbaikan UPSR pada 2016, mulai Tingkatan 1 pada 2012 . 


Apakah perbezaan antara PBS dengan pentaksiran sedia ada?
PBS juga memberi pengiktirafan dan autonomi kepada guru untuk
melaksanakan pentaksiran formatif dan sumatif yang berasaskan sekolah. Ini akan dapat meningkatkan integriti dan kredibiliti profesion perguruan kerana guru merupakan orang yang paling sesuai untuk mentaksir murid masing- masing kerana mereka:


- boleh memantau perkembangan murid secara berterusan
- boleh memberi maklum balas yang membina untuk penambahbaikan pembelajaran murid
- lebih memahami konteks yang sesuai dengan persekitaran dan
 perkembangan murid
- mentaksir dan memberi maklum balas berpandukan standard prestasi


Apakah Standard prestasi?

Standard Prestasi merupakan satu pernyataan yang menerangkan tentang pencapaian atau penguasaan seseorang individu dalam sesuatu bidangyang telah dilalui dalam satu tempoh pembelajaran berdasarkan satu penanda aras (benchmark) yang telah dikenal pasti.
 Standard Prestasi memandu pentaksir
bagaimana aktiviti pentaksiran boleh dan dapat dilaksanakan secara adil dan
berfokus merujuk kepada standard yang ditetapkan. 



Apakah standard kurikulum

Penyataan standard tentang apa yang murid patut tahu dan boleh buat seperti yang terkandung dalam KSSR: 

- standard kurikulum terdiri daripada standard kandungan dan standard pembelajaran
- standard kandungan adalah apa yang murid patut tahu, faham dan boleh buat
- standard pembelajaran adalah apa yang murid perlu belajar dan boleh dilihat melalui tingkah laku 



 Kaedah Penilaian.
          Semasa KBSR, penilaian dikendalikan guru di sekolah adalah secara formatif dan sumatif. Penilaian berpusat oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia pula adalah secara sumatif iaitu melalui UPSR. Penilaian sumatif adalah amat ditekankan semasa KBSR berbanding pernilaian formatif.
          Penilaian KSSR pula berbeza dengan penilaian dalam KBSR. KSSR menekankan penilaian formatif yang bertujuan menilai perkembangan proses pembelajaran murid. Penilaian dilakukan secara berterusan sepanjang tempoh pembelajaran murid. Dalam KSSR, guru-guru menilai murid melalui komponen Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) di mana melibatkan proses mengumpul maklumat yang autentik dan boleh diharap secara formatif dan sumatif. Pentaksiran ini adalah penilaian  yang dilakukan di peringkat sekolah seperti kerja praktikal, tugasan bertulis, ujian, kajian dan lain-lain tugasan.