SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE -60 DAN SALAM AIDILADHA KEPADA PENGUNJUNG SEMUA

12 May 2015

Cara Ibubapa mendapatkan ID Frog VLE

CARA IBU BAPA MENDAPATKAN ID YES DAN KATA LALUAN

Langkah-langkah untuk mendapatkan ID Yes dan kata laluan adalah seperti berikut:
Boleh menonton Video di bawah atau anda boleh melihat langkah demi langkah di bawah daripada video ini.



Langkah 1
Sila ke laman web http://www.yes.my dan klik 1BestariNet.


Langkah 2
Klik Retrieve my 1BestariNet Yes ID.


Langkah 3
Masukkan nama penuh dan nombor kad pengenalan.
Kemudian klik cari (search).


Langkah 4
ID Yes akan dipaparkan.
Kemudian masukkan nombor telefon dan alamat emel.
Seterusnya klik kemaskini (update).


Langkah 5
Sila pilih salah satu medium (SMS atau emel) untuk mendapatkan kata laluan.
Kata laluan akan dihantar melalui SMS ataupun emel, bergantung kepada pilihan pengguna.


* Sekiranya ibu bapa/penjaga telah mengikuti langkah-langkah berikut tetapi tidak memperolehi ID Yes, tertera "ID 1BestariNet Ibu Bapa gagal ditemui" (1BestariNet Parent not found)
sila emelkan nama penuh dan nombor kad pengenalan kepada Admin Frog VLE SK Seri Nilam,KL di:
vleadmin.WBA0077@yes.my