SELAMAT DATANG KEPADA PENGUNJUNG SEMUA

17 August 2017

Ucapan Kemerdekaan

SEMPENA BULAN KEMERDEKAAN


Sempena bulan kemerdekaan ini, pihak sekolah ingin mengajak anda semua untuk memberikan kata-kata semangat kemerdekaan melalui pautan (link) yang disediakan oleh pihak admin. Semoga anda memberikan kata-kata semangat yang menunjukkan sayangnya anda pada Negara kita Malaysia.

Sila klik pautan (link) di bawah ini:


19 June 2017


SELAMAT DATANG KE SK SERI NILAM


Kami warga SK Seri Nilam mengucapkan selamat datang kepada En. Mohd Sukardi bin Abd. Ghafar sebagai Guru Besar baru kami mulai pada hari bersejarah ini. Diharapkan dengan pengalaman yang ada pada cikgu dapat menaikkan lagi nama SK Seri Nilam di Wilayah Sentul mahupun di Kuala Lumpur. 

Selamat Bertugas di SK Seri Nilam.


Selamat Berpuasa

Selamat berpuasa kepada semua umat Islam di SK Seri Nilam. Diharapkan kita dapat bersama-sama melalui Ramadan ini dengan lebih hebat daripada sebelumnya. 


24 February 2017

Watikah Pelantikan Pengawas 2017

MAJLIS WATIKAH PELANTIKAN PENGAWAS
23 FEBRUARI 2017
KHAMIS


Semoga semua pengawas dapat menjalankan tugas mereka dengan amanah, jujur dan ikhlas.
Kepada murid-murid yang lain, berilah kerjasama kepada semua pengawas yang telah dilantik.

8 February 2017